Friday, August 02, 2013

KESEDARAN YANG LAMBAT

"dia sayang gila dekat kau,"
"berapa peratus?"
"99 something kot."
"hmm ruginya aku."
aku mengeluh.sumpah aku tak tahu yang sayangnya dia pada aku banyak macam tu.
"tapi lepas broke up,tinggal 51%"
ujar k(bukan nama sebenar),dia tenang saja menentang pandanganku.
dalam hati aku,terfikir,macam mana boleh timbul soal sayang berapa percent ni?tapi aku tak meluahkan.
"aku pernah tanya dia..sebab waktu kau broke up dengan dia tu,aku dengan dia.."
terus kupandang k,dan nyata,dia tenang saja memandangku.
"apa?nak isi kekosongan lah ye?"
balasku sinis.dasar lelaki,tinggal sekejap terus cari lain.begitulah conclusionku.
k ketawa.
"ha'ah tapi sumpah,takde ape2 pun dengan dia..aku pernah keluar dengan dia waktu korang broke up tu.."
ok,kalau yang ni,aku memang terkejut.sangkaanku meleset sama sekali.aku fikir,akulah satu2 nya perempuan yang pernah keluar dgn f.sebab prinsip aku waktu tu,lelaki pertama yang keluar date denganku pasti akan menjadi suamiku(waktu tu jelah,sekarang tak dah).tapi aku salah.sebelum tu,f pernah keluar dengan k.ya,dan sungguh,aku tak tahu! bebal aku setebal novel i love you stupid agaknya waktu tu.
"tapi lepas tu,pagi tu,dia mesej aku 'selamat pagi honey'.bila aku tanya kenapa,dia cakap ayah dia panggil mak dia honey,"
aku diam.cuba mengawal emosi.sepanjang dua tahun aku dengan f bersama,tak pernah sekalipun dia memanggilku 'honey' kalau bukan aku yang memaksa .panggilan2 manja yang meloyakan tekak tu,semua diatur olehku.dia tak pernah berusaha pun.tapi dengan k,kenapa begitu mudah dia melafazkan?kesunyian sebab takde aku?tak,tu alasan paling bodoh atas muka bumi ni.
"satu lagi,dia pernah cakap,yang aku ni 'soulmate' dia,"
k menyambung,sebab dia tengok aku ketawa tadi barangkali.padahal perasaan aku serapuh biskut marie.perasaanku macam naik roller coaster yang berpusing2 laju tu.tapi aku tetap ketawa.ketawa plastik.
"aku bukak kamus,sebab waktu tu aku tak faham apa maksud soulmate tu,"
kali ni aku ketawa.dan aku tersedar sesuatu.
dia sayang aku,dalam masa yang sama,hatinya diberikan kepada k.
apa yang aku tahu tentang dia,semua k tahu.
bodohnya aku.bodohnya sebab lambat tersedar.mungkin mereka hampir2 berkongsi perasaan yang serupa tetapi disebabkan kami menyambung balik hubungan yang terputus,mereka tak sempat .
kenapa aku lambat sedar?sebab sayang yang aku sanjung sangatkah?bodoh.
aku pernah warning dia,jangan mesej dengan mana2 perempuan di belakang,atau di hadapanku,sebab aku tak boleh terima.
dia mengiyakan.
dan aku percaya.
tetapi aku ketawa,sebab sebenarnya aku ada juga mesej lelaki lain.tapi sekadar kawan.
waktu tu,aku tahu,itu mungkin karma untuk f sebab hubungan rahsia dia dengan k dulu.berbalas.1-1.ting tong.
aku tak menyesal sebab masih rapat dengan domino walaupun aku dengan dia.
baru aku sedar,yang kawan seratus kali ganda berharga daripada boyfriend yang kononnya cinta mati tu.huh.
aku sedar,kasih dia dibahagi dua.aku sedar,apa yang dia buat pada k,tidak dibuat pada aku.
orang akan cakap,
"alah setakat panggilan2 macam tu,apa nak kecoh ?"
aku perempuan,dan aku tahu betapa berharganya panggilan macam tu daripada lelaki kepada seorang perempuan yang dia sayang.
sebenarnya,aku kehilangan dia,lama dulu.
hati dia mungkin dah lama pada k tapi aku yang menghalang.
mungkin ceritanya patut macam tu.
yang aku adalah laluan yang membolehkan dua manusia ni saling mengenali hati budi masing masing.
aku baru tersedar dari angananku yang panjang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...