Monday, April 25, 2011

Anime Review:[Baka to Test to Shoukanju][lit:Stupids,Test and Summoned Being]


Assalamualaikum and hi peeps and Cassies,
Hari ni aku nak cakap bahasa ibunda aku pulak.Terbelit lidah eden speaking aje selalu.
Ade sape2 kat sini minat anime?Sila korek hidung guna jari kaki.Hehehe.Ade berani?
Anime yang aku nak review ni tajuk dia Baka to Test to shoukanju.
Cerita ni best kot,aku siap gelak2 macam hape tah bila tengah tengok tu...
Serius best tak ingat dunia!
Ni anime lama,around 2010 gitu,tapi aku baru tengok.
Sebab dah stop kejap layan anime pasal addicted sgt dengan K-drama!
Cerita ni kisahkan tentang sorang budak lelaki yg name dia Yoshii Akihisa
Akihisa-kun
yuuji-kun
Dia ni duduk kat kelas F,kelas paling bodoh sekali kat sekolah tu.Tahun 2.Lebih kurang umur 15 lah.Dia berkawan baik dengan Sakamoto Yuuji,ketua kelas F,Himeji Mizuki(yeah,she got a big boobs,i'm jealous! XD),Minami,Hideyoshi,Tsuchiya.Yuuji ni gila2 tapi dia baik,Himeji ni sepatutnya duduk kelas A,tapi sebab dia tak ambik mock exam,so markah dia dikira kosong and tercampaklah dia kat kelas F tu.Hideyoshi ni lelaki tapi orang selalu tersilap anggap dia perempuan pasal dia comel sangat,dia ada kakak,kelas 2A,kira bijakla.Lepas tu Tsuchiya ni(atau lebih dikenali sebagai Mutsulini,parodi kepada Benito Mussolini yang penuh skandal tu=.=).Dia ni super-hentai[sangat perrverttt tahap tak ingat!Lol].Pasal dia ada semua profile perempuan dekat sekolah dia tu.Suka ambil gambar tak patut.Hehehe.Gila tak gila,anime ni 18SX la..:)

Pastu sebab diorang ni semua kelas F,so kira Summoned Being diorang punye HP rendah la.Kelas A punye summoned being HP sampai 500 ratus.Untuk bertukar kelas,diorang kena beat kelas E dulu,baru boleh beat kelas2 lain.Lagipun meja yang diorang guna just kotak buah oren yang kosong(Lol lagi).Kelas A kira macam kelas elit la..ada minibar,ade aircond,belajar pun atas kerusi empuk.Tapi namapun anime kan,mesti banyak benda tak logik je.

Apa yang aku nak tekan kan kat sini ialah nilai murni yang tersirat.Aku nampak bebudak kelas F nie,walaupun depa bodoh gitu,tapi sebab adanya semangat,depa boleh beat semua student sampai ke kelas B.Means,kalau diorang nak tambah HP,diorang kena ambik exam on the spot.Maksudnya,kena sentiasa ada ilmu dalam kepala la.Kalau kita nak pi berlawan ke berperang ke mesti kena ready dulu kan?sama lah macam cerita ni.So,kesimpulannya tak kisah la kalau korang kelas corot mana pun,asalkan korang ada usaha pastu rajin,confirm boleh berjaya punye lah! Chaiyook!Bagi sesape yang belum tengok,ke tetibe berminat nak tengok,silalah tengok ye.
himeji..kan aku dah cakap,besar punye!XD
shimada..musuh ketat akihisa



Creddit goes to:here and here.
English-languaged review:Baka wiki

Nota kaki:Teringat zaman sekolah dulu..=.= Cik Nina tak pernah langsung duduk kelas A.Hehehe.Kelas F ke?maybe! Hahaha.tapi Cik Nina tak pernah pulak ade meja yang buat dari kotak buah oren gitu.Cuma meja kayu yang bergoyang sana-sini yang diproduced oleh Guthrie.Tu aje paling teruk pun.:)




hideyoshi..ni LELAKI taw!
tsuchiya yang hentai..peepin tom under girl's skirt.nak ambik gambar pastu jual=.=

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...