Dipetik dari rancangan semanis kurma,31/3/2011 :)
Tersebutlah kisah seorang anak derhaka di mana dulu dia dijaga oleh ibunya dengan penuh kasih sayang.Tapi selepas dia berkahwin,dia mula melupakan jasa2 ibunya.Sehinggalah pada suatu hari,wanita ini ingin melahirkan anak.Tetapi mungkin Allah ingin mengujinya,wanita ini tumpah darah ketika ingin melahirkan anak.Kondisi ini amat berbahaya kepada bayi dan wanita itu.Lalu,doktor dan jururawat bergegas mencari bekalan darah untuk didermakan kepada wanita ini.Akhirnya salah seorang jururawat tersebut menelefon ibu wanita tersebut yang berada di kampung untuk memaklumkan keadaan anaknya yang bagaikan telur di hujung tanduk.
Si ibu tua itu amat risau setelah dimaklumkan yang anaknya mengalami tumpah darah.Lalu dia berkata "Doktor,ambillah darah saya kerana saya mahu hanya darah saya yang mengalir dalam badan anak saya,"Si doktor pun bersetuju untuk mengambil sebahagian darah ibu tua itu untuk didermakan kepada si anak yang derhaka ini .Lalu dia pun terus menuju ke hospital.
"Doktor,nanti apabila saya selesai mendermakan darah kepada anak saya,tolong bagi dia surat ni ye,"Ibu tua itu menyerahkan sepucuk surat kepada doktor yang bertugas.Doktor itu tersenyum dan mengangguk.Lalu doktor2 di situ bertungkus lumus menyelamatkan nyawa si anak yang sedang bertarung dengan maut.
Dengan izin Allah,wanita itu berjaya diselamatkan.Selepas itu,dia berjaya melahirkan bayi yang comel.Lalu jururawat itu membawakan bayi itu kepada wanita itu.Dia mencium bayi itu lalu berkata,"Nikmatnya bergelar seorang ibu,begini rupanya sakitnya ibu ketika melahirkan aku,"Dia tiba2 teringatkan ibunya.
"Doktor,di mana ibu saya?Saya mahu berjumpanya,"Ujar wanita itu.Namun dengan wajah sedih,doktor itu menggeleng."Ibu kamu sudah tiada sebaik sahaja dia selesai mendermakan darahnya kepadamu,"Wanita itu menangis semahu2nya kerana dia tidak sempat meminta ampun kepada ibunya.Doktor itu menyerahkan sepucuk surat kepada wanita itu.
Wanita itu membaca surat itu dengan linangan air mata.Walaupun hanya beberapa ayat...namun hatinya tetap tersentuh.Dia menyesal kerana tidak menjaga ibunya dan tidak sempat meminta ampun dengan ibunya.
so kawan2..jangan lupa,berbaktilah kepada kedua2 ibu bapa anda ye:) dan sentiasa meminta maaf dan tidak menderhaka terhadap mereka...:) wassalam
No comments:
Post a Comment